Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Selasa memaklumkan bahawa penyertaan dua pelajarnya yang menjadi ketua juri dan panel pemilih usul dalam Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 baru-baru ini dibuat tanpa pengetahuan institusi itu.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata ini kerana, pihak penganjur telah menghubungi kedua-dua individu berkenaan secara terus untuk menjadi 'adjudicator' (ketua juri) bagi pertandingan berkenaan.
"Oleh yang demikian, penyertaan kedua-dua individu dalam pertandingan debat itu berlaku tanpa pengetahuan pihak universiti.
"UiTM amat memandang serius sensitiviti agama dan budaya masyarakat di Malaysia, serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga (UiTM) yang cuba menganggu atau memperlekehkan perkara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Azraai menjelaskan, ketua juri pertandingan itu, Mohammad Aidil Ali merupakan bekas pelajar UiTM berstatus gugur taraf manakala panel pemilih usul, Iyad Zakiy Amal pula adalah pelajar luar kampus (PLK) universiti berkenaan namun sedang dalam status cuti khas.
Justeru kata Mohd Azraai, UiTM akan menjalankan siasatan dalaman secara adil dan menyeluruh bagi melihat sekiranya pelajar itu didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang UiTM, dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Isu berkaitan pertandingan debat itu dalam kalangan pelajar sekolah baru-baru ini menjadi tular di laman sosial apabila antara tajuk yang diutarakan melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya pada Selasa memberitahu, hasil siasatan mendapati Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan di mana debat itu berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
UiTM amat memandang serius sensitiviti agama dan budaya masyarakat di Malaysia, serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warganya yang cuba menganggu atau memperlekehkan perkara itu.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Isu Debat Piala Tun Razak: Keterlibatan dua pelajar UiTM di luar pengetahuan institusi itu
Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, ini kerana, pihak penganjur telah menghubungi kedua-dua individu berkenaan secara terus untuk menjadi 'adjudicator' pertandingan.